Skip to main content

Posts

Showing posts with the label 10 minit membaca

Program Pembudayaan Ilmu: Mobile Library di Pusat Keerjaya dan Kaunseling, UiTM Shah Alam

  30 Julai  2024 | 23 Muharram 1446H Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan telah mengadakan Program Pembudayaan Ilmu: Mobile Library yang bertempat di Pusat Kerjaya dan Kaunseling, Kompleks Budisiswa, UiTM Shah Alam. Program ini telah berlangsung dari jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari dan telah disertai oleh 25 orang kakitangan daripada Pusat Kerjaya dan Kaunseling. Antara program yang telah dipromosikan adalah: Perkhidmatan Book Delivery Service Perkhidmatan peminjaman dan pemulangan bahan perpustakaan Keahlian luar Perkhidmatan-perkhidmatan lain yang tersedia di PKEJ                     Kami turut menyediakan sedikit cenderhati dan bahan bacaan berunsurkan bacaan umum seperti novel dan buku kaunseling. Ingin kami ke tempat anda? Sila hubungi: Puan Masnida Hanim binti Che Mahmood Pustakawan Kanan idahanim@uitm.edu.my   atau Encik Mohd Farid bin Mohamed Said Pembantu Pustakawan Kanan mfarid425@uitm.edu.my   Jumpa anda di lokasi akan datang!  

Program: Jom Baca Bersama untuk 10 Minit

  30 April 2024 | 21 Syawal 1445H Selasa Ruang Santai, PTAR Kejuruteraan Pada 30 April yang lalu, telah berlangsung program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit di Ruang Santai, PTAR Kejuruteraan. Program ini melibatkan seramai 10 orang staf PKEJ dan 5 orang pelajar Fakulti Kejuruteraan Kimia. Iqbal bin Hishamudin, pelajar Fakulti Kejuruteraan Kimia telah mengulas buku Sejarah dan Realiti: Uyghur, tulisan Shamsul Bahriel. Buku ini mengandungi 7 bab dan 212 muka surat serta diterbitkan oleh Baitul Hikmah. Buku ini telah menceritakan mengenai bangsa Uyghur itu sendiri serta cara hidup bangsa tersebut. Semoga program ini dapat memupuk minat membaca dikalangan staf dan pelajar.