Skip to main content

Posts

Showing posts with the label PST

Program Pembudayaan Ilmu: Mobile Library di Pusat Keerjaya dan Kaunseling, UiTM Shah Alam

  30 Julai  2024 | 23 Muharram 1446H Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan telah mengadakan Program Pembudayaan Ilmu: Mobile Library yang bertempat di Pusat Kerjaya dan Kaunseling, Kompleks Budisiswa, UiTM Shah Alam. Program ini telah berlangsung dari jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari dan telah disertai oleh 25 orang kakitangan daripada Pusat Kerjaya dan Kaunseling. Antara program yang telah dipromosikan adalah: Perkhidmatan Book Delivery Service Perkhidmatan peminjaman dan pemulangan bahan perpustakaan Keahlian luar Perkhidmatan-perkhidmatan lain yang tersedia di PKEJ                     Kami turut menyediakan sedikit cenderhati dan bahan bacaan berunsurkan bacaan umum seperti novel dan buku kaunseling. Ingin kami ke tempat anda? Sila hubungi: Puan Masnida Hanim binti Che Mahmood Pustakawan Kanan idahanim@uitm.edu.my   atau Encik Mohd Farid bin Mohamed Said Pembantu Pustakawan Kanan mfarid425@uitm.edu.my   Jumpa anda di lokasi akan datang!  

SESI TAKLIMAT PERPUSTAKAAN - PERPUSTAKAAN SAINS DAN TEKNOLOGI

  SESI TAKLIMAT PERPUSTAKAAN 30 Mac 2024 | 19 Ramadan 1445H Perpustakaan Tun Abdul Razak Sains & Teknologi Sesi Taklimat Perpustakaan Tun Abdul Razak Sains & Teknologi telah dijalankan melalui Program Pemantapan Destini Siswa (PDS) anjuran Sekretariat Mahasiswa Kolej Pengkomputeran Informatik dan Matematik (SMKPPIM). Program ini telah dihadiri seramai 270 orang pelajar dari kalangan pelajar Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM). Sesi ini disampaikan oleh Encik Muhammad Zaidie bin Bardan (Pustakawan Kanan/Ketua Perpustakaan Fakulti) secara atas talian. Dalam sesi taklimat ini, penerangan berkaitan lokasi perpustakaan, kaedah pencarian bahan fizikal juga digital serta kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan telah diterangkan kepada pelajar baharu. #uitmdihatiku #UiTM25Tahun #MalaysiaMadani #perpustakaanuitm #PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa #sesitaklimatperpustakaan Sumber : Facebook Perpustakaan UiTM https://www.facebook.com/libraryuitm