Skip to main content

Posts

Program Pembudayaan Ilmu: Mobile Library di Pusat Keerjaya dan Kaunseling, UiTM Shah Alam

  30 Julai  2024 | 23 Muharram 1446H Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan telah mengadakan Program Pembudayaan Ilmu: Mobile Library yang bertempat di Pusat Kerjaya dan Kaunseling, Kompleks Budisiswa, UiTM Shah Alam. Program ini telah berlangsung dari jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari dan telah disertai oleh 25 orang kakitangan daripada Pusat Kerjaya dan Kaunseling. Antara program yang telah dipromosikan adalah: Perkhidmatan Book Delivery Service Perkhidmatan peminjaman dan pemulangan bahan perpustakaan Keahlian luar Perkhidmatan-perkhidmatan lain yang tersedia di PKEJ                     Kami turut menyediakan sedikit cenderhati dan bahan bacaan berunsurkan bacaan umum seperti novel dan buku kaunseling. Ingin kami ke tempat anda? Sila hubungi: Puan Masnida Hanim binti Che Mahmood Pustakawan Kanan idahanim@uitm.edu.my   atau Encik Mohd Farid bin Mohamed Said Pembantu Pustakawan Kanan mfarid425@uitm.edu.my   Jumpa anda di lokasi akan datang!  

KELAS KEMAHIRAN MAKLUMAT MODUL INTRODUCTION TO LIBRARY SYSTEMS BERSAMA PENGAJIAN SENI KREATIF

[Kelas Kemahiran Maklumat] 30 April 2024 | 21 Syawal 1445H | Selasa| 10.30pagi | Makmal Tingkat 11 Menara SAAS Kelas Kemahiran Maklumat Modul Introduction to Library Systems bersama Pengajian Seni Kreatif ini dijalankan secara bersemuka di Makmal Tingkat 11 Menara SAAS. Kelas Kemahiran Maklumat ini dikendalikan oleh Encik Mohd Hazrul bin Mohd Hussin (Pustakawan Kanan) dari Unit Pendidikan Pengguna,Bahagian Sokongan Penyelidikan, Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan. Seramai 16 orang pelajar hadir ke sesi ini bersama Pensyarah mereka Dr Nur Izzati Jamalludin. Semoga ianya dapat meningkatkan ilmu literasi dikalangan pelajar serta menyumbang kepada aktiviti pembudayaan ilmu.

Program: Jom Baca Bersama untuk 10 Minit

  30 April 2024 | 21 Syawal 1445H Selasa Ruang Santai, PTAR Kejuruteraan Pada 30 April yang lalu, telah berlangsung program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit di Ruang Santai, PTAR Kejuruteraan. Program ini melibatkan seramai 10 orang staf PKEJ dan 5 orang pelajar Fakulti Kejuruteraan Kimia. Iqbal bin Hishamudin, pelajar Fakulti Kejuruteraan Kimia telah mengulas buku Sejarah dan Realiti: Uyghur, tulisan Shamsul Bahriel. Buku ini mengandungi 7 bab dan 212 muka surat serta diterbitkan oleh Baitul Hikmah. Buku ini telah menceritakan mengenai bangsa Uyghur itu sendiri serta cara hidup bangsa tersebut. Semoga program ini dapat memupuk minat membaca dikalangan staf dan pelajar.

KELAS KEMAHIRAN MAKLUMAT MODUL ONLINE DATABASE FOR LITERATURE BERSAMA PENGAJIAN SENI KREATIF

[Kelas Kemahiran Maklumat] 25 April 2024 | 16 Syawal 1445H | Khamis| 2.30-4.30Petang | Pusat IT Kelas Kemahiran Maklumat Modul Online Database for Literature bersama Pengajian Seni Kreatif ini dijalankan secara bersemuka di Pusat IT PTAR 1. Kelas Kemahiran Maklumat ini dikendalikan oleh Encik Mohd Hazrul bin Mohd Hussin (Pustakawan Kanan) dari Unit Pendidikan Pengguna,Bahagian Sokongan Penyelidikan, Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan. Seramai 15 orang pelajar hadir ke sesi ini.Semoga ianya dapat meningkatkan ilmu literasi dikalangan pelajar serta menyumbang kepada aktiviti pembudayaan ilmu.

Web of Science Researcher Profiles

Bahagian Sokongan Penyelidikan, PTAR dengan kerjasama Penerbit Clarivate telah menjalankan Sesi Webinar seperti ketetapan berikut : Topik: Web of Science Researcher Profiles Tarikh: 26 April 2024 | Jumaat  Masa: 10.00 - 11.00 pagi Penceramah: Dju-Lyn Chng, Senior Customer Success Manager, Clarivate Seramai 60 orang penyelidik telah berjaya menghadiri sesi ini.  Antara intipati yang dikongsikan adalah: 1. Mempelajari cara mengurus Profail penyelidik di WOS dengan efisien 2. Memahami Profail Metrik di dalam H-Index  3. Pelan Hal Tuju Penambahbaikan Profail Penyelidik Sesi ini mendapat maklumbalas yang sangat positif daripada penyelidik UiTM. Webinar seterusnya akan diadakan pada bulan Mei 2024 bagi mendedahkan lagi maklumat terkini yang berkaitan. Sekian terima kasih.

Selamat Datang: Lawatan Penilaian Akreditasi Pengajian Kejuruteraan Awam

  [ Lawatan Penilaian Akreditasi Pengajian Kejuruteraan Awam] 25 April 2024 | 16 Syawal 1445H 8.30 pagi - 10.00 pagi Kolej Pengajian Kejuruteraan Selamat datang diucapkan kepada panel-panel penilaian daripada Board of Engineering Malaysia ke Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan, UiTM Shah Alam. Lawatan penilaian ini adalah untuk meneliti struktur keselamatan perpustakaan serta koleksi bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan PTAR Kejuruteraan kepada pelajar dan pensyarah Kolej Pengajian Kejuruteraan.  Lawatan ini disertai oleh Prof. Ir. Dr. Mohammed Alias Yusof selaku Ketua Panel, Assoc. Prof. Ir. Dr. Teo Wee dan Ir. Ts. Wong Chee Fui sebagai Panel Penilai dan Pemerhati Penilaian, Assoc. Prof Ir. Dr. Lim Jee Hock dan diiringi oleh Puan Rizana Mohd Radwan, Pustakawan Kanan PTAR Kejuruteraan serta kakitangan Kolej Pengajian Kejuruteraan.  Semoga lawatan penilaian kali ini dapat meningkatkan mutu perkhidmatan PTAR Kejuruteraan kepada pelajar-pelajar serta pensyarah dan

Sesi Taklimat Perpustakaan Tun Abdul Razak Sains & Teknologi dengan Modul Online Database For Literature

Sesi Taklimat Perpustakaan Tun Abdul Razak Sains & Teknologi dengan Modul Online Database For Literature. Taklimat ini diadakan pada 24 April 2024 yang bertempat di Pusat IT Perpustakaan Tun Abdul Razak Sains & Teknologi. Program ini telah dihadiri seramai 35 orang pelajar dari kalangan KP PENGKOMPUTERAN,INFORMATIK & MATEMATIK dan diiringin oleh Dr. Sharifalillah binti Nordin. Sesi ini disampaikan oleh Encik Muhammad Zaidie bin Bardan (Pustakawan Kanan/Ketua Perpustakaan Fakulti). Dalam sesi taklimat ini, penerangan berkaitan lokasi perpustakaan, kaedah pencarian bahan fizikal juga digital serta kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan telah diterangkan kepada pelajar baharu. #uitmdihatiku #UiTM25Tahun #MalaysiaMadani #perpustakaanuitm #PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa #sesitaklimatperpustakaan