Skip to main content

Posts

Program Pembudayaan Ilmu: Mobile Library di Pusat Keerjaya dan Kaunseling, UiTM Shah Alam

  30 Julai  2024 | 23 Muharram 1446H Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan telah mengadakan Program Pembudayaan Ilmu: Mobile Library yang bertempat di Pusat Kerjaya dan Kaunseling, Kompleks Budisiswa, UiTM Shah Alam. Program ini telah berlangsung dari jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari dan telah disertai oleh 25 orang kakitangan daripada Pusat Kerjaya dan Kaunseling. Antara program yang telah dipromosikan adalah: Perkhidmatan Book Delivery Service Perkhidmatan peminjaman dan pemulangan bahan perpustakaan Keahlian luar Perkhidmatan-perkhidmatan lain yang tersedia di PKEJ                     Kami turut menyediakan sedikit cenderhati dan bahan bacaan berunsurkan bacaan umum seperti novel dan buku kaunseling. Ingin kami ke tempat anda? Sila hubungi: Puan Masnida Hanim binti Che Mahmood Pustakawan Kanan idahanim@uitm.edu.my   atau Encik Mohd Farid bin Mohamed Said Pembantu Pustakawan Kanan mfarid425@uitm.edu.my   Jumpa anda di lokasi akan datang!  

Lawatan Penanda Aras Kolej Vokasional Slim River

  Lawatan Penanda Aras Tarikh : 6 Jun 2024 Kolej Vokasional Slim River terdiri daripada 3 orang kakitangan telah mengadakan lawatan penanda aras di Bidang Ukur Bangunan Pengajian Harta Tanah Dan Ukur Bangunan, Kolej Pengajian Alam Bina UiTM Shah Alam. Lawatan ini adalah bersempena dengan Audit MBOT ke Program Teknologi Pembinaan, Kolej Vokasional Slim River. PTAR Alam Bina telah dipilih sebagai salah satu tempat lawatan bagi melihat kemudahan dan perkhidmatan yagn ditawarkan kepada pelajar Kolej Pengajian Alam Bina, UiTM Shah Alam.

Kelas Kemahiran Maklumat: Reference Management Software (Mendeley)

Kelas Kemahiran Maklumat Tajuk: Reference Management Software (Mendeley) Tarikh: 4 Jun 2024 Masa: 11.00 pagi hingga 1.00 petang Lokasi: Makmal IT, Kolej Pengajian Alam Bina Jumlah peserta: 18 orang Program: Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hartanah (CFAP225) #perpustakaanuitm #ptaralambina #pembudayaanilmumembentukadiwangsa

Penghantaran Bahan Harta Intelek ke Perpustakaan Tun Abduk

  28 Mei 2024 | 20 Zulkaedah 1445H Selasa Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam Pihak  PTAR Kejuruteraan, UiTM Shah Alam telah menyerahkan sejumlah 160 naskah bahan harta intelek berbentuk tesis  kepada Perpustakaan Tun Abdul Razak.  Penyerahan bahan harta intelek tersebut telah diwakili oleh  Encik Mohd Fareez dan Puan Norsaliha serta telah diserahkan kepada Cik Marlia Hanie selaku wakil daripada Jabatan Sumber Rujukan Universiti.  Semoga bahan harta intelek ini dapat membantu warga universiti dalam proses mencari bahan rujukan untuk masa akan datang.

KELAS KEMAHIRAN MAKLUMAT MODUL LIBRARY MANAGEMENT SOFTWARE (MENDELEY)BERSAMA FAKULTI SAINS GUNAAN

[Kelas Kemahiran Maklumat] 20 Mei 2024 | 11 Zulkaedah 1445H | Isnin| 2.30petang | Pusat IT Kelas Kemahiran Maklumat Modul Library Management Software (Mendeley) bersama Fakulti Sains Gunaan ini dijalankan secara bersemuka di Pusat IT. Kelas Kemahiran Maklumat ini dikendalikan oleh Encik Mohd Hazrul bin Mohd Hussin (Pustakawan Kanan) dari Unit Pendidikan Pengguna,Bahagian Sokongan Penyelidikan, Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan. Seramai 5 orang pelajar hadir ke sesi ini.Semoga ianya dapat meningkatkan ilmu literasi dikalangan pelajar serta menyumbang kepada aktiviti pembudayaan ilmu.

KELAS KEMAHIRAN MAKLUMAT MODUL ADVANCED LITERATURE SEARCH (WOS) BERSAMA FAKULTI SAINS GUNAAN

[Kelas Kemahiran Maklumat] 20 Mei 2024 | 11 Zulkaedah 1445H | Isnin| 8.30pagi | Pusat IT Kelas Kemahiran Maklumat Modul Advanced Literature Search (WOS) bersama Fakulti Sains Gunaan ini dijalankan secara bersemuka di Pusat IT. Kelas Kemahiran Maklumat ini dikendalikan oleh Encik Mohd Hazrul bin Mohd Hussin (Pustakawan Kanan) dari Unit Pendidikan Pengguna,Bahagian Sokongan Penyelidikan, Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan. Seramai 5 orang pelajar hadir ke sesi ini.Semoga ianya dapat meningkatkan ilmu literasi dikalangan pelajar serta menyumbang kepada aktiviti pembudayaan ilmu.

WEBINAR BERSAMA PENERBIT CLARIVATE

Bahagian Sokongan Penyelidikan, PTAR dengan kerjasama Penerbit Clarivate telah menjalankan Sesi Webinar kali kedua seperti ketetapan berikut : Topik: How to publish with Clarivate - Journal Citation Report (JCR) Tarikh: 15 Mei 2024 | Rabu Masa: 10.00 - 11.00 pagi Penceramah: Dju-Lyn Chng, Senior Customer Success Manager, Clarivate Seramai 95 orang penyelidik telah berjaya menghadiri sesi ini termasuk pelajar Pascasiswazah.  Antara intipati yang dikongsikan adalah: 1. Apa yang diharapkan untuk JCR 2024 akan datang? 2. Memahami 'Key Metrics' dalam penilaian jurnal ke arah 'Impact Factor' & mengelakkan penerbitan dalam 'Predatory Journal' 3. Amalan terbaik dalam Journal Impact Factor (JIF) & Journal Citation Indicator (JCI) dalam penilaian jurnal. 4. Perbandingan jurnal & pemilihan jurnal dalam penerbitan penyelidikan. Sesi ini mendapat maklumbalas yang sangat positif daripada para penyelidik UiTM. Webinar seterusnya akan diadakan pada bulan Jun 2024 ia