Skip to main content

Program Pembudayaan Ilmu: Mobile Library di Pusat Keerjaya dan Kaunseling, UiTM Shah Alam

  30 Julai  2024 | 23 Muharram 1446H Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan telah mengadakan Program Pembudayaan Ilmu: Mobile Library yang bertempat di Pusat Kerjaya dan Kaunseling, Kompleks Budisiswa, UiTM Shah Alam. Program ini telah berlangsung dari jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari dan telah disertai oleh 25 orang kakitangan daripada Pusat Kerjaya dan Kaunseling. Antara program yang telah dipromosikan adalah: Perkhidmatan Book Delivery Service Perkhidmatan peminjaman dan pemulangan bahan perpustakaan Keahlian luar Perkhidmatan-perkhidmatan lain yang tersedia di PKEJ                     Kami turut menyediakan sedikit cenderhati dan bahan bacaan berunsurkan bacaan umum seperti novel dan buku kaunseling. Ingin kami ke tempat anda? Sila hubungi: Puan Masnida Hanim binti Che Mahmood Pustakawan Kanan idahanim@uitm.edu.my   atau Encik Mohd Farid bin Mohamed Said Pembantu Pustakawan Kanan mfarid425@uitm.edu.my   Jumpa anda di lokasi akan datang!  

KOLABORASI PENGAJARAN BERSAMA INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH (IPSis) -IPSIS RESEARCH SKILLS SEMINAR SERIES

[Kolaborasi Pengajaran]

23 April 2024 | 14 Syawal 1445H |Selasa| 4.00petang | Zoom

Institut Pengajian Siswazah (IPSis)

Kolaborasi pengajaran bersama Institut Pengajian Siswazah (IPSis) ini dijalankan secara atas talian melalui dua kaedah Zoom dan juga ditayangkan juga di platform Youtube IPSis UiTM.

Kolaborasi ini dikendalikan oleh Encik Mohd Hazrul bin Mohd Hussin dari dari Bahagian Sokongan Penyelidikan, Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan yang memfokuskan mengenai Research Database untuk modul yang ke-7.

Semoga kolaborasi IPSis Research Skills Seminar Series bersama perpustakaan ini dapat meningkatkan lagi aktiviti pembudayaan ilmu di kalangan pelajar.









Comments