Skip to main content

Program Pembudayaan Ilmu: Mobile Library di Pusat Keerjaya dan Kaunseling, UiTM Shah Alam

  30 Julai  2024 | 23 Muharram 1446H Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan telah mengadakan Program Pembudayaan Ilmu: Mobile Library yang bertempat di Pusat Kerjaya dan Kaunseling, Kompleks Budisiswa, UiTM Shah Alam. Program ini telah berlangsung dari jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari dan telah disertai oleh 25 orang kakitangan daripada Pusat Kerjaya dan Kaunseling. Antara program yang telah dipromosikan adalah: Perkhidmatan Book Delivery Service Perkhidmatan peminjaman dan pemulangan bahan perpustakaan Keahlian luar Perkhidmatan-perkhidmatan lain yang tersedia di PKEJ                     Kami turut menyediakan sedikit cenderhati dan bahan bacaan berunsurkan bacaan umum seperti novel dan buku kaunseling. Ingin kami ke tempat anda? Sila hubungi: Puan Masnida Hanim binti Che Mahmood Pustakawan Kanan idahanim@uitm.edu.my   atau Encik Mohd Farid bin Mohamed Said Pembantu Pustakawan Kanan mfarid425@uitm.edu.my   Jumpa anda di lokasi akan datang!  

Program Khidmat Komuniti: Lawatan Sambil Belajar dari Kolej Vokasional Shah Alam Selangor Siri 2

 

10 Mei 2024 | 2 Zulkaedah 1445H | Jumaat

PTAR Kejuruteraan & Kolej Pengajian Kejuruteraan

Seramai 33 orang pelajar dari Kolej Vokasional Shah Alam Selangor telah mengadakan lawatan sambil belajar ke PTAR Kejuruteraan dan Makmal Kejuruteraan Elektrik, UiTM Shah Alam. Mereka telah diiringi oleh guru pengiring:

  1. Pn.Maisarah Hajar Aisyah Binti Esa (Guru Perpustakaan)
  2. Pn.Nurul Hafizah Binti Zainudin (Ketua Program Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data & Aplikasi Web)
  3. Pn.Siva Shangary a/p Bala Subramaniam (Guru Program Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data & Aplikasi Web)

Turut mengiringi lawatan ini adalah:
  1. Pn. Azura Binti Mohamad Hashim (Timbalan Ketua Pustakawan)
  2. Pn. Rizana binti Mohd Radwan (Pustakawan Kanan)
  3. Cik Anis Fadilah Binti Zulkifli (Pustakawan)
Pelajar-pelajar ini telah melawat:
  1. Pepustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan
  2. Makmal Cisco Certified Network  Associate (CCNA), FKE
  3. Vehicle Intelligence and Telematics Lab, FKE
Semoga lawatan kali ini dapat memupuk minat yang mendalam terhadap bidang kejuruteraan di dalam diri pelajar-pelajar ini. 


 





Comments