Skip to main content

Posts

Program Pembudayaan Ilmu: Mobile Library di Pusat Keerjaya dan Kaunseling, UiTM Shah Alam

  30 Julai  2024 | 23 Muharram 1446H Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan telah mengadakan Program Pembudayaan Ilmu: Mobile Library yang bertempat di Pusat Kerjaya dan Kaunseling, Kompleks Budisiswa, UiTM Shah Alam. Program ini telah berlangsung dari jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari dan telah disertai oleh 25 orang kakitangan daripada Pusat Kerjaya dan Kaunseling. Antara program yang telah dipromosikan adalah: Perkhidmatan Book Delivery Service Perkhidmatan peminjaman dan pemulangan bahan perpustakaan Keahlian luar Perkhidmatan-perkhidmatan lain yang tersedia di PKEJ                     Kami turut menyediakan sedikit cenderhati dan bahan bacaan berunsurkan bacaan umum seperti novel dan buku kaunseling. Ingin kami ke tempat anda? Sila hubungi: Puan Masnida Hanim binti Che Mahmood Pustakawan Kanan idahanim@uitm.edu.my   atau Encik Mohd Farid bin Mohamed Said Pembantu Pustakawan Kanan mfarid425@uitm.edu.my   Jumpa anda di lokasi akan datang!  

Penghantaran Bahan Harta Intelek ke Perpustakaan Tun Abduk

  28 Mei 2024 | 20 Zulkaedah 1445H Selasa Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam Pihak  PTAR Kejuruteraan, UiTM Shah Alam telah menyerahkan sejumlah 160 naskah bahan harta intelek berbentuk tesis  kepada Perpustakaan Tun Abdul Razak.  Penyerahan bahan harta intelek tersebut telah diwakili oleh  Encik Mohd Fareez dan Puan Norsaliha serta telah diserahkan kepada Cik Marlia Hanie selaku wakil daripada Jabatan Sumber Rujukan Universiti.  Semoga bahan harta intelek ini dapat membantu warga universiti dalam proses mencari bahan rujukan untuk masa akan datang.

KELAS KEMAHIRAN MAKLUMAT MODUL LIBRARY MANAGEMENT SOFTWARE (MENDELEY)BERSAMA FAKULTI SAINS GUNAAN

[Kelas Kemahiran Maklumat] 20 Mei 2024 | 11 Zulkaedah 1445H | Isnin| 2.30petang | Pusat IT Kelas Kemahiran Maklumat Modul Library Management Software (Mendeley) bersama Fakulti Sains Gunaan ini dijalankan secara bersemuka di Pusat IT. Kelas Kemahiran Maklumat ini dikendalikan oleh Encik Mohd Hazrul bin Mohd Hussin (Pustakawan Kanan) dari Unit Pendidikan Pengguna,Bahagian Sokongan Penyelidikan, Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan. Seramai 5 orang pelajar hadir ke sesi ini.Semoga ianya dapat meningkatkan ilmu literasi dikalangan pelajar serta menyumbang kepada aktiviti pembudayaan ilmu.

KELAS KEMAHIRAN MAKLUMAT MODUL ADVANCED LITERATURE SEARCH (WOS) BERSAMA FAKULTI SAINS GUNAAN

[Kelas Kemahiran Maklumat] 20 Mei 2024 | 11 Zulkaedah 1445H | Isnin| 8.30pagi | Pusat IT Kelas Kemahiran Maklumat Modul Advanced Literature Search (WOS) bersama Fakulti Sains Gunaan ini dijalankan secara bersemuka di Pusat IT. Kelas Kemahiran Maklumat ini dikendalikan oleh Encik Mohd Hazrul bin Mohd Hussin (Pustakawan Kanan) dari Unit Pendidikan Pengguna,Bahagian Sokongan Penyelidikan, Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan. Seramai 5 orang pelajar hadir ke sesi ini.Semoga ianya dapat meningkatkan ilmu literasi dikalangan pelajar serta menyumbang kepada aktiviti pembudayaan ilmu.

WEBINAR BERSAMA PENERBIT CLARIVATE

Bahagian Sokongan Penyelidikan, PTAR dengan kerjasama Penerbit Clarivate telah menjalankan Sesi Webinar kali kedua seperti ketetapan berikut : Topik: How to publish with Clarivate - Journal Citation Report (JCR) Tarikh: 15 Mei 2024 | Rabu Masa: 10.00 - 11.00 pagi Penceramah: Dju-Lyn Chng, Senior Customer Success Manager, Clarivate Seramai 95 orang penyelidik telah berjaya menghadiri sesi ini termasuk pelajar Pascasiswazah.  Antara intipati yang dikongsikan adalah: 1. Apa yang diharapkan untuk JCR 2024 akan datang? 2. Memahami 'Key Metrics' dalam penilaian jurnal ke arah 'Impact Factor' & mengelakkan penerbitan dalam 'Predatory Journal' 3. Amalan terbaik dalam Journal Impact Factor (JIF) & Journal Citation Indicator (JCI) dalam penilaian jurnal. 4. Perbandingan jurnal & pemilihan jurnal dalam penerbitan penyelidikan. Sesi ini mendapat maklumbalas yang sangat positif daripada para penyelidik UiTM. Webinar seterusnya akan diadakan pada bulan Jun 2024 ia

Program Khidmat Komuniti: Lawatan Sambil Belajar dari Kolej Vokasional Shah Alam Selangor Siri 2

  10 Mei 2024 | 2 Zulkaedah 1445H | Jumaat PTAR Kejuruteraan & Kolej Pengajian Kejuruteraan Seramai 33 orang pelajar dari Kolej Vokasional Shah Alam Selangor telah mengadakan lawatan sambil belajar ke PTAR Kejuruteraan dan Makmal Kejuruteraan Elektrik, UiTM Shah Alam. Mereka telah diiringi oleh guru pengiring: Pn.Maisarah Hajar Aisyah Binti Esa (Guru Perpustakaan) Pn.Nurul Hafizah Binti Zainudin (Ketua Program Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data & Aplikasi Web) Pn.Siva Shangary a/p Bala Subramaniam (Guru Program Teknologi Sistem Pengurusan  Pangkalan Data & Aplikasi Web) Turut mengiringi lawatan ini adalah: Pn. Azura Binti Mohamad Hashim (Timbalan Ketua Pustakawan) Pn. Rizana binti Mohd Radwan (Pustakawan Kanan) Cik Anis Fadilah Binti Zulkifli (Pustakawan) Pelajar-pelajar ini telah melawat: Pepustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan Makmal Cisco  Certified  Network  Associate (CCNA), FKE Vehicle Intelligence and Telematics Lab, FKE Semoga lawatan kali ini dapat memupuk

Sesi Taklimat Perpustakaan Tun Abdul Razak Sains & Teknologi dengan Modul ONLINE DATABASE FOR LITERATURE

Sesi Taklimat Perpustakaan Tun Abdul Razak Sains & Teknologi dengan Modul ONLINE DATABASE FOR LITERATURE Taklimat ini diadakan pada 13 Mei 2024 yang bertempat di Pusat IT Perpustakaan Tun Abdul Razak Sains & Teknologi. Program ini telah dihadiri seramai 25 orang pelajar dari kalangan KP PENGKOMPUTERAN,INFORMATIK & MATEMATIK dan diiringin oleh Dr. Kamalia Azma Binti Kamaruddin. Sesi ini disampaikan oleh Encik Muhammad Zaidie bin Bardan (Pustakawan Kanan/Ketua Perpustakaan Fakulti). Dalam sesi taklimat ini, penerangan berkaitan lokasi perpustakaan, kaedah pencarian bahan fizikal juga digital serta kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan telah diterangkan kepada pelajar baharu. #uitmdihatiku #UiTM25Tahun #MalaysiaMadani #perpustakaanuitm #PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa #sesitaklimatperpustakaan